“Sempat Masak Untuk Arwah Buat Kali Terakhir…” – Fasha Sandha

Kebelakangan ini kita digemparkan dengan berita kem4tian yang mengejutkan ramai pihak dan yang paling terbaharu adalah berita pemergian anak lelaki, ibu mertua dan pembantu rumah pemain bola sepak, iaitu Syafiq Ahmad yang terlibat dengan kem4langan m4ut di Lebuhraya Utara Selatan.

Terbaharu, pelakon jelita Elisha Sandha dan Fasha Sandha pula kehilangan rakan baik mereka, iaitu Amirul Azwan  yang telah pergi menghadap Ilahi.

Berita itu dimaklumkan oleh mereka berdua yang di muat naik di laman Instagram masing-masing dengan kapsyen sayu menceritakan kenangan bersama arwh.

“You were close with my family, dah jadi anak angkat mama. It is very hard for me to take it in but Alhamdulillah Allah izinkan i jumpa abg mirul for the last time walaupun I’ve been so busy with work.” tulis Elisha

Malah, Fasha juga meluahkan rasa sedih,  kerana arwah sangat rapat dengan keluarganya dan pelakon itu juga memberitahu dia sempat memasakkan untuk arwah buat kali terakhir.

“Dalam hati terdetik, mungkin tidak berkesempatan untuk berjumpa lagi,…Allah izinkan kita untuk berjumpa. Sempat masakkan Buat Mirul buat kali terakhir. Memang benar, Orang yang baik Allah akan ambil dulu walau dalam keadaan apa cara sekalipun….😢” ujar Fasha

Difahamkan, Allahyarham merupakan sahabat baik kepada Elisha dan juga anak angkat ibunya.

Tidak dinyatakan punca kem4tian, Elisya dan Fasha memohon orang ramai supaya mendoakan Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman dan dirahmatiNya.

“Allah lebih menyayangimu Mirul. Kesayanganku, Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah buat Amirul Azwan.”

Kami di Hot FM turut berdukacita dengan perkhabaran ini.

Semoga keluarga Allahyarham diberi kekuatan dan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber : Instagram Fasha Sandha & Elisha Sandha

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HOT.FM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *