“Saya tak layak diberi…..’ – Saari Amri Ded4h ‘Sebab’ Kenapa Dia Menol4k Pangkat Datuk..

Kuala Lumpur: Komposer terkenal Saari Amri, 54, pernah dua kali menolak tawaran pangkat Datuk kerana merasakan dirinya tidak layak.

Saari yang sudah mencipta lebih 500 lagu berkata, dia didatangi tawaran itu dua tahun lalu.

“Saya insan kerdil yang sekeping (kurus) ini memang tak layak untuk dapat anugerah itu. Lagipun apalah sangat jasa saya kepada negara? Saya sendiri tengok rakan-rakan yang ada pangkat Datuk, tiba-tiba perwatakan mereka lain, bertukar cara percakapan dan lain-lain. Nak jumpa pun sus4h.

“Insya-Allah saya tak mempunyai sikap begitu dan sebab itu saya tak nak. Pada saya pangkat Datuk ini adalah tahap tinggi dikurniakan kepada seseorang individu,” katanya.

Saari juga mer4gui cara penganugerahan yang begitu mudah kepada beberapa penggiat seni.

“Saya perhatikan sekarang senang-senang sahaja pelakon yang berlakon satu, dua drama dapat gelaran ini. Memang lumrah sangat. Pada saya menghasilkan lagu adalah hobi dan kerja saya dan tak perlulah pengiktifaran. Saya seronok buat orang terhibur dan ini tugas saya.

“Tak perlu gelaran semua itu. Pihak terbabit minta nama penuh saya. Mereka kata saya berjasa menghiburkan banyak orang hampir 30 tahun tapi pada saya buat lagu bukanlah jasa,” katanya.

Saari diingati kerana menghasilkan rangkaian koleksi lagu-lagu popular yang terus menjadi siulan sehingga kini antaranya Madah Berhelah (Ziana Zain), Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (UKs), Setelah Aku Kau Miliki (Shima), Ramalanku Benar Belaka (Umbrella), Sembilu (Ella), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan), Gerimis Mengundang (Slam), Penantian (Black Rose) dan banyak lagi.

Komposer kelahiran Kelantan ini tidak mahu dirinya dihargai sebegitu rupa dan mahu bebas menjalani kehidupan seperti sekarang.

“Saya seronok melepak di restoran Mamak bercampur dengan semua orang. Sambil itu, saya akan kekal mengubati golongan pes4kit k3ncing m4nis tanpa sebarang bayaran. Kalau sekiranya ada gelaran Datuk ia pasti akan membataskan pergaulan saya dengan semua orang. Biarlah orang terus kenal saya sebagai komposer Saari Amri.

“Saya tak hairan atau gah dengan gelaran. Saya buat kerja bukan kerana nama. Apabila masyarakat boleh terima, itu kepuasan yang amat sangat,” katanya.

Saari mengakui kejayaan lagu Gerimis Mengundang yang turut diterima di Indonesia sehingga dialih kepada 35 versi dan bahasa sangat menggembirakannya.

“Saya seronok dengan kehidupan sekarang. Dalam sebulan pasti ada dua tiga badan kebajikan datang minta sumbangan. Sekiranya ada duit, saya akan hulurkan sumbangan sekadar termampu. Kadang-kadang ada juga orang susah dan ibu tunggal yang ramai anak minta bantuan. Saya ‘k4lah’ apabila disebut mengenai anak yang tiada makanan dan beberapa kali bantu.

“Jika sekiranya mereka men1pu, itu urusan mereka dengan Allah. Saya pun bukan mewah kerana hanya bergantung hidup pada royalti lagu tapi saya percaya Allah akan gantikan rezeki saya,” katanya.

Saari masih aktif menghasilkan lagu yang dimuatkan di saluran YouTube Saari Amri Official. Dia juga baru menghasilkan buku berjudul Air Mata Saari Amri.

Sumber: HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *