Ini Yang Dibuat Oleh Pasukan JDT Dan TMJ Kepada Syafiq Ahmad Dan Keluarganya

Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim mengucapkan salam takziah buat penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Syafiq Ahmad yang terbabit dalam kem4langan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tol Jawi, Nibong Tebal awal pagi hari ini.

Tunku Ismail yang juga pemilik JDT memuat naik ucapan berkenaan di akaun Facebook rasminya yang memaparkan gambar jersi Syafiq bernombor 28 diiringi kata ‘Kami Sentiasa Bersamamu, Syafiq’.

“Saya ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad atas pemergian ahli keluarga beliau. Kami sentiasa bersama anda, Syafiq. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

“Saya juga menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga,” titah baginda.

Muhammad Syafiq Ahmad, 25, dilaporkan terbabit dalam kem4langan yang mengorb4nkan bayi lelakinya yang berusia 22 hari.

Turut m4ut dalam kem4lagan itu ialah ibu mentua Syafiq, Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Isteri Syafiq, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan par4h, manakala Muhammad Syafiq dan anak sulungnya dilaporkan mengalami keceder44n ringan.

KAMI SENTIASA BERSAMAMU, SYAFIQ

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menghantar Setiausaha Sulit Baginda bersama dengan pegawai agama Jabatan Agama Islam Negeri Johor ke Pulau Pinang untuk membantu Syafiq Ahmad, pemain Kelab Johor Darul Ta’zim yang telah kehilangan ahli keluarga terdekat pada pagi ini.

DYAM Tunku Ismail juga telah bertitah untuk bendera JDT di Stadium Sultan Ibrahim diturunkan separuh tiang, stadium diterangi dengan lampu putih dan mesej takziah dipaparkan di skrin besar sebagai tanda penghormatan kepada Syafiq sekeluarga. Upacara Tahlil juga akan diadakan selama tiga hari.

sumber harian metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *