Kahwin dah lama tapi tak ada anak, wanita kongsi kisah dim0mok pantang l4rang makcik-makcik…

SETIAP pasangan yang berumahtangga pasti menginginkan untuk dikurniakan zuri4t sebagai penyeri keluarga dan penyambung keturunan.

Namun rezeki setiap pasangan tidak sama, ada yang tidak perlu menunggu lama namun ada pula yang terpaksa bersabar sehingga bertahun-tahun lamanya sebelum dikurniakan cahaya mata.

Dalam situasi yang kedua itu, sudah semestinya si isteri yang paling terkesan kerana sering menjadi sasaran pertanyaan daripada pihak yang kurang sensitif kononnya ‘mengambil berat’ dengan apa sedang dialami.

Selain bertanyakan soalan ‘m4ut’, tidak kurang juga ada yang memberikan petua tertentu mengaitkan sesuatu perkara dengan kesukaran mendapatkan zuriat sebagaimana perkongsian seorang pelayar ini di Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia.

Menurut pelayar berkenaan, dia sudah mendirikan rumah tangga namun sehingga kini masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Perkongsian seorang pelayar mengenai kisahnya yang belum mendapat zuri4t.

“Saya memang minat kucing jadi saya ambil keputusan untuk membela dua ekor kucing. Seekor saya kutip, seekor lagi saya beli dekat kawan. Sejak saya bela kucing, adalah seorang dua makcik kata kepada saya.

“Katanya, kalau dah kahwin, tapi belum ada anak, tak boleh bela kucing. Nanti susah nak lekat anak dalam perut.

“Seorang lagi pula kata, kalau boleh selagi belum ada anak ni, tak payah bela kucing. Pantang orang-orang Jawa kata kalau bela kucing sewaktu kita belum dapat anak ni nanti susah nak dapat zuri4t,” demikian tulis pelayar berkenaan.

Segelintir masyarakat mengaitkan kesuk4ran pasangan mendapat zuri4t dengan hobi memelihara kucing. Gambar hiasan.

Berkongsi situasi yang dihadapinya itu, pelayar tersebut bagaimanapun berkata dia enggan mempercayai ‘nasihat’ yang pernah diberikan kepadanya sebaliknya memilih untuk menyerahkan urusan rezeki kepada Yang Maha Esa.

“Saya percaya pada rezeki Tuhan. Saya tak tahu kenapa boleh kaitkan kucing dengan tak boleh meng4ndung. Ada tak sesiapa pernah kena tegur macam saya ni?” luahnya sambil meminta pendapat daripada ahli kumpulan berkenaan.

Perkongisan tersebut mengundang perhatian dengan menyaksikannya dihujani ribuan komen netizen.

Bid4ah betul la makcik-makcik ni. Tu semua rezeki Allah. Kalau bela kucing tapi tak ada anak, habis tu kalau yang bela kucing tapi beranak setiap tahun macam mana pula.

NETIZEN

Bukan sahaja berkongsi pengalaman yang sama dengan pelayar berkenaan, malah ramai yang sependapat dengannya bahawa urusan rezeki ditentukan oleh Allah, dan tiada kena mengena dengan hobi memelihara kucing.

“Bid4ah betul la makcik-makcik ni. Tu semua rezeki Allah. Kalau bela kucing tapi tak ada anak, habis tu kalau yang bela kucing tapi ber4nak setiap tahun macam mana pula ceritanya,” kata seorang netizen.

“Sama macam saya, belum ada anak tapi saya jaga anak bulus seekor sahaja. Pedulikan orang kata yang penting suami, saya dan anak bulus gembira,” komen seorang netizen lain.

Antara komen netizen yang turut berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing.

“Saya tak ada zuri4t…. bela kucing buat hilangkan bos4n. Bela dari baru lahir sampai besar. Bila besar, saya beli lagi seekor buat penemannya, lepas itu kucing bunting. Cik meow bunting, tuan dia pun mengandung. Rezeki ulang tahun perkahwinan kelima, lahirlah anak pertama kami,” demikian netizen lain berkongsi cerita.

Dalam masa yang sama, rata-rata netizen juga mendoakan pelayar wanita berkenaan dan pasangannya akan dikurniakan rezeki cahaya mata suatu hari kelak.

Sumber: mStar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *