Siti Nurhaliza Bakal Umumkan ‘Sesuatu’ 1 Disember Ini?

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, penyanyi nombor satu negara Dato Sri Siti Nurhaliza berkongsi khabar gembira pada semua peminat bahawa video muzik Kuasa Cintamu bakal ditayangkan secara rasmi pada 1 Disember 2020.

Tampilkan Aafiyah Dalam Video Muzik

Menariknya lagi, dalam video ini juga bakal menampilkan anak kesayangannya, Siti Aafiyah Khalid sebagai kemunculan khas yang mana membuatkan ramai peminat teruja untuk menontonnya. Sebelum ini, Siti pernah berkongsi beberapa sedutan video sekitar penggambaran video muzik ini yang dirakam di kediamannya beberapa bulan dahulu.

“Nantikan pEnampilan Aafiyah untuk MV saya 1 Disember ini” tulis Siti di laman Insta Story

Siti Akan Umumkan Keham1lan?

Dalam perkembangan lain, di laman Twitter terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Siti akan turut mengumumkan satu lagi berita gembira pada 1 Disember kelak. Dikhabarkan, penyanyi kesayangan ramai ini berkemungkinan akan berkongsi berita keh4milan keduanya secara rasmi.

Terdahulu, beberapa spekulasi hangat memperkatakan bahawa Siti kini sedang berbadan dua selepas beberapa gambarnya seperti ham1l telah dimuatnaik di media sosial oleh peminat dan rakan terdekat.

Sumber : Murai.my

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *