Selepas Teruk Dikec4m, Sekali Ellie Suraity Kata Sebenarnya Dia Puji Filem Maey Totey

Kesal dengan kec4man netizen yang salah faham terhadap pandangannya mengenai filem Mael Totey The Movie, bagaimanapun pelakon dan pengarah Ellie Suraity menjelaskan dia hanya memberi pandangan bukan mengutvk.

Akui sedih dikec4m teruk sehingga ada yang mengaitkan keluarganya, Ellie turut mempersoalkan bahagian manakah kenyatannya itu ada mengkrit1ik mahupun mengutvk pengarah Mael Totey The Movie, iaitu Syahmi Sazli. 

“Saya mengucapkan memuji kejayaan filem Mael Totey The Movie dari segi kutipan mencecah RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan menerusi Astro First. Saya akui, filem ini memiliki formula hingga berjaya, selain mempunyai kelompok pengikut.

“Bahagian mana yang saya kec4m, kutvk dan kri1tik pengarah Mael Totey The Movie? Kenapa m4ki h4mun, mencarut, sump4h seranah bagai langit nak runtuh kerana pendapat saya berkenaan filem ini? Nak kena sam4n baru puas hati ke?,” katanya kepada BH Online.

Tegas Ellie lagi, tidak adil dirinya dikec4m seperti samp4h hanya kerana pendapatnya itu tidak selaras dengan peminat tegar filem arahan YouTuber terkenal itu.

“Pendapat mereka adalah pendapat peminat tegar filem Mael Totey The Movie, manakala pendapat saya pula dari sudut pemain industri kreatif yang berkecimpung secara profesional lebih 20 tahun dalam tiga medium iaitu teater, televisyen dan filem.

“Pendapat peminat tegar dan pandangan pemain industri tidak boleh dibuat perbandingan. Saya adalah sosok pemain industri, bukan pengkriti1k. Saya juga penilai karya kreatif industri filem Malaysia.

“Pengalaman sebagai juri Anugerah Skrin TV3 (ASK) kategori filem selama beberapa tahun dan juri Festival Filem Malaysia (FFM) melayakkan saya memberi pendapat mengenai perfileman Malaysia.

“Saya juga penilai luar bagi peperiksaan tahun akhir pelajar Fakulti Seni Persembahan Universiti Malaya. Selebihnya tak perlulah saya beritahu,” katanya.

Tampil menjelaskan mesej sebenarnya itu, Elliet berkata pandangannya lebih menjurus kepada pembikinan sesebuah filem cereka. Ujarnya, tidak kira berapa besar kos penghasilan filem itu, aspek teknikal adalah perkara penting.

“Bagi sesebuah karya, perkara paling penting adalah sudut teknikal pembikinan filem cereka. Dalam erti kata lain, teknikal adalah indeks petunjuk prestasi utama (KPI) dalam pembikinan.

“Andai proses pembikinan dari sudut teknikal tidak dilaksanakan dengan baik, kualiti filem pasti terjejas nilai paparan audio visual filem. Kerja teknikal penting untuk setiap genre pembikinan filem dalam dunia ini.

“Tidak kiralah penghasilan filem berskala besar, rendah atau Hollywood sekalipun. Asas dalam menghasilkan sesebuah karya filem adalah aspek teknikal pembikinan sesebuah filem cereka. Kena capai aspek teknikal ini dahulu sebelum menghasilkan filem,” katanya.

Dalam pada itu, Ellie turut menasihatkan kepada sesiapa yang mahu bergelar pengarah supaya mendalami ilmu pembikinan filem terlebih dahulu.

Sumber : ROTIKAYA

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *