Baru Je Terseb4r Ada Boifren Hensem, Sekali Cik B Buat Keputusan Mengeejut..

KUALA LUMPUR: “Tak mungkin Aniq mahukan saya, mesti dia pilih teman wanita yang cantik,” demikian pengakuan jujur anak jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B berhubung gosip yang mendakwanya menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Aniq Suhair.

Aniq, 20, dan Cik B, 15, mencvri tumpuan bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta terbitan Zeel Production hingga menimbulkan andaian menjalin hubungan cinta.
Cik B berkata, dia sedar diri dan berpijak kepada bumi nyata pada saat dikaitkan dengan finalis Hero Remaja 2020 itu.

“Hakikatnya, tiada apa-apa yang berlaku antara kami. Saya menganggap Aniq lebih kepada rakan kerja dalam arena seni. Lagipun, kami baru bertatih dalam dunia lakonan.

“Secara kebetulan, kami menjadi pasangan kekasih dalam drama arahan Emi Suffian itu. Jadi, tak s4lah kami saling mengusik dalam media sosial. Hubungan tak lebih daripada seorang kawan.

“Bagaimanapun, ada yang menganggap kami menjalin hubungan serius,” katanya kepada BH Online.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia juga mendapat kec4man apabila gos1p berkenaan bertebaran.

“Jujurnya, saya sudah terbiasa berdepan dengan kec4man sejak dahulu lagi. Sebelum ini, fizikal dan warna kulit saya pernah dipers3ndakan. Inikan pula digosip dengan pelakon berwajah jambu seperti Aniq.

“Netizen meng3cam saya ‘feeling’ dan terg3dik-g3dik mahukan lelaki kacak. Malah, ada yang hin4 saya tak layak menerima cinta atau bercinta dengan lelaki tampan.

“Saya sedar diri ini, saya bukannya datang dengan pakej cantik. Saya tak pernah fikir soal perasaan, selama ini. Saya pernah merasakan tak perlu lelaki dalam hidup. Mama pun sudah membuktikan boleh hidup selepas dik3cewakan lelaki,” katanya.

Bagaimanapun, Cik B berkata, dia masih sedar fitrah hidup memerlukan pasangan, cuma terlalu muda untuk bercinta.

Dalam perkembangan lain, percubaan Cik B bergelar pelakon menerusi drama siaran TV3 itu tidak meng3cewakan apabila dipuji ramai.

Malah, lakonan semula jadi dengan memegang karakter Maria yang juga teman baik Shasha Abedul dilihat memberi impak yang baik.

“Saya tak pernah terlintas mahu menjadi pelakon. Saya hanya bercita-cita mahu menjadi usahawan berjaya seperti Mama. Namun, tanpa diduga sebaliknya pula terjadi.

“Sebenarnya Mama menyuruh dan menggalakkan saya berlakon. Akhirnya, tanpa uji bakat, saya berpeluang membintangi drama Lelaki Lingkungan Cinta. Dengan bantuan teman produksi dan galakan Mama, saya jadi bidang terjun dalam dunia lakonan.

“Saya tak pernah rasa minat mahu berlakon. Mulanya, rasa kekok dan j4nggal. Tetapi, saya tak sangka ramai menyukai lakonan saya.

“Jika ada peluang dan rezeki, saya tak kisah nak terus berlakon. Namun, impian bergelar usahawan tetap diteruskan,” katanya yang belum menerima tawaran berlakon, namun pernah diundang menyertai program lawak di Astro.

Mengenai personaliti lebih lembut dan berbeza penampilan yang agak ‘boyish’ seperti sebelum ini, Cik B berkata, dia selesa menjadi diri sendiri.

“Saya masih Cik B yang dahulu. Tetap ada sisi las4k dan ‘boyish’. Cuma, saya sedar diri ini seorang gadis,” selorohnya.

Sumber: BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *