Misteri Ketukan Pintu Sudah Mula Berjangkit Ke Kawasan Lain, Kali Ni Lebih Aneh

KUALA SELANGOR – Misteri ketvkan pintu tanpa salam yang sebelum ini menghantui penduduk di beberapa kampung di daerah Sabak Bernam mula ‘merebak’ ke Tanjong Karang dan Kuala Selangor hingga menimbulkan ketakutan kepada penduduk setempat.

Video Berada Di Bawah Artikel :

Seorang pekerja Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang menetap di Kampung Parit 3 Sungai Burong di sini diganggu dengan bunyi ketukan di hadapan pintu utama rumahnya kira-kira jam 1 pagi kelmarin.

Anuar Anal, 43, berkata, kejadian didengari semasa dia berada di bilik utama selepas membuang air di tandas.

“Belum sempat melelapkan mata, saya dikejutkan dengan bunyi ketukan kuat pada pintu rumah.

“Saya kemudian terus mengintai dari celah bawah pintu dan langsir tingkap, namun tidak nampak bayang sesiapa di depan rumah.

“Dalam hati ada juga terlintas adakah yang ketuk rumah saya pocong seperti yang kecoh di Sabak Bernam?” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Katanya, semasa kejadian, isteri dan tiga anaknya lagi sudah lena tidur dan perkara itu hanya diceritakan keesokannya.

Sementara itu tular di saluran YouTube mendakwa kejadian penduduk ternampak lembaga berpakaian putih berdiri di jalan di Kampung Kuantan awal pagi tadi.

Video berdurasi 0.45 saat itu dimuat naik seorang Youtuber menggunakan akaun nama Pak Nil pagi tadi.

Menerusi deskripsi yang dimuat naik di platform itu menyatakan jiran yang ternampak makhluk menakutkan di atas jalan kemudian menghubungi jiran sebelah rumah.

“Jiran sebelah kemudian keluar dari rumah dan nampak kelibat sama sebelum masuk ke dalam rumah.

“Sejurus (jiran sebelah) masuk (semula) ke dalam rumah, pintu (rumah) kena ketuk pula,” katanya.

Nasihat  Mufti kepada penduduk

SHAH ALAM – Tidak dinafikan m4khluk h4lus seperti j-in wujud dan boleh mengg4nggu sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang ramai, tetapi ia tidak seharusnya menjadi perkara yang men4kutkan.

Pendakwah yang juga Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Ts Dr Mohd Nor Mamat berkata, hidup dalam ket4kutan sangkaan sebegini tidak membawa faedah, apatah lagi ket4kutan mel4mpau menyebabkan hidup dalam dunia mi-stik tanpa kew4rasan ak4l.

“Secara psikol0gi, ket3kutan atau keterl4luan berfikir tentang sesuatu perkara boleh menjadi g4ngguan separa sedar ataupun halusinasi yang boleh membawa akhirnya kepada skizofrenia.

“Bagi sesetengah orang yang tidak mengendahkan cerita-cerita yang didengari ataupun tidak mengambil kisah, barangkali gangguan sebegitu tidak terdengar dan mengganggu mereka,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Tidak perlu memperlekehkan ataupun mengagungkan kuasa m4khluk halus.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai mist-eri bunyi ketukan pintu rumah di Sabak Bernam sehingga menimbulkan rasa takut dalam kalangan penduduk.

Mohd Nor berkata, sungguhpun ada g4ngguan, masyarakat tidak digalakkan untuk menyelesaikannya dengan cara perb0mohan atau perdu-kunan yang mengheret kita ke alam mistik dan khu-rafat.

“Cukup dengan fitrah dan adab yang dianjurkan dalam Islam. Tidak perlu memperl3kehkan ataupun mengagungkan kuasa m4khluk halus.

“Antara amalan yang baik untuk kita lakukan ialah berdoa memohon agar dijauhkan kejahatan tempat tersebut dan dikekalkan kebaikan yang ada dan ayat-ayat pelindung diri sentiasa dijadikan amalan.

“Tidak ada sebab untuk kita berasa takut seandainya kita hidup harmoni dalam kehidupan secara fitrah. Paling utama, sentiasalah tambah ilmu dan pengetahuan agar kita tidak selamanya berfikiran sempit sehingga men4kutkan diri kita sendiri,” kata beliau.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebagai manusia biasa yang menjalani kehidupan di alam nyata, dalam mencari penyelesaian terhadap sebarang masalah yang dihadapi hendaklah dimulai dengan cara tabii.

Menurutnya, alam tabii mempunyai undang-undangnya atau hukumnya yang tersediri iaitu yang dikenali sebagai hukum tabii atau ‘natural law’.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya berhadapan dengan situasi atau kejadian yang tidak tabii, maka agama tidak menghalang manusia daripada berikhtiar untuk mengatasinya mengikut kaedah-kaedah lain seperti ruqyah dengan menggunakan ayat al-Quran atau doa-doa tertentu, rawatan alternatif dengan syarat tidak mensy-irikkan sesuatu dengan ALLAH SWT.

“Mohonlah terus kepada ALLAH SWT sebab Dialah yang menyembuhkan segala peny4kit, yang mampu menolong hamba-hamba-Nya mengatasi apa jua masalah dan kes-ulitan dihadapi.

“Memang kuasa ALLAH SWT tidak terbatas dan mengatasi segala kuasa makhluk sebab Dialah yang mencipta alam semesta ini sama ada yang nyata atau gh4ib,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Sumber : http://trendingsangat.pw/misteri-ketukan-pintu-sudah-mula-berjangkit-ke-kawasan-lain-kali-ni-lebih-aneh/

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *