Menitiskan air mata lihat anak buat ujian calitan, ini keputusan ujian C0vid Isteri dan anak Alif Satar

Isteri kepada penyanyi Alif Satar, Sha Dila Halid memaklumkan suaminya berada dalam keadaan baik dan enggan terlalu memikirkan apa yang dilaluinya ketika ini.

Sha berkata, Alif yang kini menjalani kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka mengisi masa terluang dengan melakukan aktiviti berfaedah.

“Saya tahu em0si dan fikiran Alif terganggu, namun dia tak mahu larut dengan perasaan dan kegelisahan hati. Alif cuba alih perasaan tidak tenteram dengan bersenam, membaca al-Quran dan pelbagai aktiviti lain. Dalam masa sama, Alif juga bimbangkan keadaan saya dan anak-anak.

“Jika ikutkan, Alif nak minta dipindahkan ke pusat perubatan di Sungai Buloh, tetapi doktor tidak membenarkan. Saya tak putus berdoa supaya suami terus kuat dan sembuh secepat mungkin,” katanya.

Menurut Sha, sebagai kontak rapat, dia dan tiga cahaya mata, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1, sudah melakukan ujian saringan di kediamannya, jam 9.30 pagi, hari ini.

“Saya minta jauh dari dij4ngkiti Covid-19, selama ini. Satu pengalaman yang saya percaya semua orang enggan melaluinya, tetapi akhirnya datang juga. Saya hanya reda dan pasrah. Jauh di lubuk hati, saya mengharapkan keputusan yang diperoleh menyebelahi saya dan anak-anak.

“Saya menitiskan air mata melihat tiga cahaya mata perlu melalui ujian swab. Anak sulung agak okay dan hanya terkejut apabila melakukan ujian calitan pada bahagian hidung dan mulut.

“Anak kedua mulanya agak takut, tetapi berjaya ditenteramkan. Anak bongsu pula hanya menangis sekejap, kemudiannya kembali tenang,” katanya.

Katanya, dia memohon orang luar untuk mendoakan keluarga dan kontak rapat lain akan mencapai keputusan negatif.

“Andai kata mendapat keputusan negatif, saya dan anak-anak akan melakukan ujian swab kali kedua untuk memastikan kami benar-benar selamat dan negatif,” katanya.

Sha berkata, selepas membuat persembahan pada Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 Jumaat lalu, keesokan harinya Alif terus ke Melaka untuk menghabiskan baki penggambaran drama Penjara Janji terbitan JS Pictures selepas solat Subuh.

“Suami mengetahui kontak rapat yang ditemui pada Selasa lalu positif Cov1d-19 pada tengah hari. Dia tidak berlengah dan terus ke sebuah pusat perubatan di Melaka untuk menjalani ujian saringan dan mendapat keputusan positif semalam,” katanya.

Alhamdulillah… Isteri dan anak-anak Alif Satar tidak dijangkiti Cov1d-19 – “Allah makbulkan doa kalian”

PENYANYI dan pengacara Alif Satar meluahkan rasa syukur apabila interina Sha Dila Halid dan tiga anaknya tidak dij4ngkiti w4bak pandemik C0vid-19.

Alif, 30, berkongsi perkara itu di Instagram pada Selasa berkata, isteri dan anak-anaknya akan menjalani kuar4ntin di rumah selama dua minggu.

“Allah kabulkan doa kalian semua… Alhamdulillah, isteri dan anak-anak Alif bebas C0vid-19 dan akan dikuarantin di rumah selama dua minggu.

“Alif terima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan Whatapps dan Alif ucapkan terima kasih atas doa kalian, ” ujarnya.

Pada Isnin, pengurus Alif mengesahkan ibu, bapa dan adik penyanyi itu p0sitif C0vid-19.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar memaklumkan, dia didapati positif C0VID-19 selepas menjalani ujian calitan di Hospital Melaka pada Ahad.

Kemudian pada Isnin, pengurusnya Adlina Abu Bakar mengesahkan ibu, bapa dan adik perempuan penyanyi I want You To Love Me ini turut dijangkiti wabak itu.

Alif turut memohon maaf atas segala kesulitan ini dan meminta semua mendoakan dia diberikan kesemb-uhan dan keku-atan untuk menempuhi dugaan Allah SWT.

Alif dan Sha Dila mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3, dan Muhammad ‘Ali yang kini berusia satu tahun.

Dalam pada itu Alif mengucapkan rasa syukur dan sebak selepas menerima pesanan dan doa dari Ustaz Abdul Karim.

Berikut rakaman video yang di muat naik Aliff ke Ig rasmi beliau

” MASYAALLAH.. Alif terima banyak ucapan dan doa dari kalian semua.

Pengurus kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar, Adlina Abu Bakar mendedahkan penyanyi Lelaki Seperti Aku itu tidak menunjukkan sebarang simptom sebelum disahkan positif Cov1d-19.

Namun, Alif bertanggungjawab membuat ujian swab Cov1d-19 sebaik sahaja mendapati saudara yang juga kontak rapatnya disahkan positif virus tersebut.

“Pada Sabtu lalu, Alif dihubungi oleh bapanya yang memaklumkan salah seorang saudaranya yang ditemui di Kuala Lumpur atas urusan kerja pada Selasa lalu disahkan positif Cov1d-19.

“Alif yang ketika itu berada di Melaka bagi menjalani penggambaran sebuah drama tanpa berlengah terus ke hospital untuk membuat ujian saringan.Pada keesokan harinya dia dimaklumkan positif Cov1d-19,” katanya kepada Astro Gempak.

Mengulas mengenai keadaan Alif ketika pertemuan mereka baru-baru ini, Adlina memberitahu Alif tidak mengalami gejala tidak sihat seperti demam atau sebagainya.

“Alif tidak mengalami apa-apa simptom seperti demam atau sebagainya, malah dia kelihatan sihat sahaja.

“Namun dia kini perlu menjalani rawatan serta dikuarantin di hospital sehingga sembuh. Saya mohon kepada semua pihak untuk mendoakan kesihatan Alif sehingga dia sembuh,” katanya.

Selain Alif, ibu, bapa serta adik bongsunya juga turut disahkan positif Cov1d-19 dan mereka kini menjalani rawatan serta kuarantin di Hospital Sungai Buloh.

Sumber : http://www.mediaviral.bbn.my/2020/11/24/menitiskan-ai/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *