Akui Kempen PRN Sabah Antara Punca K3s Cov1d-19 Naik Mend4dak.. Ini Alasan Yg Diberi PM Muhyiddin Buat Ramai Setuju..

PENINGKATAN k3s Cov1d-19 yang ketara sejak beberapa hari lalu di negara ini turut berpunca daripada kurangnya kepatuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) sewaktu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, akhir September lalu.

Perkara itu diakui sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya akui kempen pilihan raya di negeri Sabah juga menjadi antara punca peningk4tan k3s Cov1d-19. PRN Sabah terpaksa diadakan apabila Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri Sabah membub4rkan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 30 Julai yang lalu.

“Ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana kita tertakluk kepada peruntukan di dalam Perlembagaan. Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibub4rkan. Ia tidak boleh dit4ngguh,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa Cov1d-19 pada petang Selasa.

Muhyiddin juga sedar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan SOP tertentu bagi memastikan w4bak Cov1d-19 tidak mereb4k akib4t kempen pilihan raya diadakan tetapi mal4ngnya ada SOP yang tidak dipatuhi.

“Misalnya penjarakkan sosial. Ketika saya turun berkempen di banyak tempat, saya lihat SOP mengenai penjarakkan sosial agak kurang dipatuhi. Walaupun hampir keseluruhan memakai pelitup muka, tetapi masih ramai yang duduk dekat-dekat dalam keadaan yang agak ses4k,” katanya.

Menurut Muhyiddin selain PRN Sabah, k3s Cov1d-19 naik mendadak di negara ini juga sebahagian besarnya berpunca daripada pend4tang tanpa izin dari negara jiran.

“Di negeri Sabah, sebahagian besarnya berpunca daripada pend4tang tanpa izin dari negara jiran. Mereka ini sebahagiannya positif Cov`d 19. Apabila dit4han di pusat tahanan, mereka menj4ngkiti tah4nan lain.

“V1rus ini juga telah menjangkiti kakitangan pusat tahanan, ahli keluarga mereka dan komuniti setempat.

“Begitu juga di negeri Kedah. V1rus ini sebahagian besarnya mereb4k dalam kalangan tah4nan penj4ra selain terdapat kluster-kluster baharu dalam komuniti.

“Kerana itu bilangan mereka yang positif Covid-19 meningkat secara mendadak sejak beberapa minggu yang lalu,” katanya.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *