“Banyaknya majlis dia pi” – Netizen Kec3wa Dr Zul Tak Kuarantin, Jumpa Ramai Orang Dan Ada Tahnik Bayi Kembar!

Semenjak berita tentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Cov1d-19 tular di internet, ramai rakyat Malaysia bersuara dan menyatakan ketid4kpuasan hati masing-masing terhadap beliau.

Rata-ratanya akui sangat kec3wa dengan Dr Zul yang selama ini sering dijadikan rujukan serta antara menteri yang ‘clean’ daripada isu-isu pan4s.

Pergi banyak tempat sejak pulang dari Sabah

Melalui Facebook, Dr Zul sendiri dedahkan yang beliau ada menghadiri banyak majlis sejak 24 September hingga Ahad lepas, 4 Oktober. Beliau meminta agar sesiapa yang menghadiri majlis dihadirinya untuk menjalani pemeriksaan saringan Cov1d-19 secepat mungkin.

Beliau dilaporkan menghadiri mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara yang membincangkan tentang Cov1d-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya yang turut dihadiri Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan serta menteri kabinet yang lain pada 3 Oktober lepas.

Sampai trending di Twitter

Sejak semalam, nama Dr Zul menjadi trending di Twitter selepas ramai netizen meluahkan rasa mar4h, kec3wa dan tidak puas hati kerana beliau tidak menjalani kuarantin seperti yang diwajibkan.

Melalui Twitter peribadinya juga, beliau turut berkongsi ke tempat-tempat atau majlis yang dihadirinya. Lebih membimb4ngkan netizen, antara majlis-majlis dihadiri Dr Zul ada beberapa di antaranya turut dihadiri oleh kanak-kanak!

 

 

Ada tahnik bayi kembar!

Menurut seorang pengguna Twitter, sebelum disahkan pos1tif Dr Zul ada menghadiri majlis dan ketika itu sepasang suami isteri sanggup ke lokasi tersebut untuk meminta beliau tahnik bayi kembar mereka berusia 1 minggu.

Difahamkan, suami isteri itu sanggup datang dari Taman Melawati, KL ke sebuah surau di Bandar Baru Bangi untuk proses tahnik bersama Dr Zul itu.

Malah, perkongsian seorang wanita yang hadir di majlis berkenaan mendapat perhatian ramai di Facebook dan Twitter di mana rata-ratanya menyatakan kebimbangan terhadap bayi kecil tersebut.

Allahu… Harap bayi tu dijauhi virvs Cov1d-19 ni…

Sumber: Lobak merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *