Orang Nak Bantu, Disuruh Buat Permohonan Maaf Terbuka? Apa Fungsi Pentadbiran Universiti & MPP?

Bila membaca apa yang ditulis oleh Ustaz Ebit Lew sebelum ini, saya bersyukur kerana Allah SWT sentiasa menghantar insan-insan yang sudi membantu apabila ada orang yang ditimpa kesus4han.

Ustaz Ebit Lew menyediakan bas menggunakan wangnya sendiri untuk pelajar-pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing. Bas tersebut disediakan untuk pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk pulang ke Pantai Timur. Malah, dia juga sedang berurusan untuk mengaturkan bas-bas untuk pelajar-peplajar dari UITM, UTHM dan lain-lain lagi.

Itulah yang ditulis oleh Ustaz Ebit Lew ketika mendengar k3luhan pelajar-pelajar yang baru mendaftar tetapi berlaku pen4ngguhan kerana peningkatan yang sangat tinggi di seluruh negara pada rakyat Malaysia yang positif dengan wab4k Cov1d-19, malah lebih tinggi dari ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Yang dalam penj4ra tu, memanglah j4ngkitan dalam penjara. Tetapi yang lainnya tu, datang entah dari langit ke tujuh kot. Tiba-tiba muncul ungkapan baru tak perlu kuar4ntinkan diri selama 14 hari bila pulang daripada tempat yang beris1ko tinggi hanya dengan sekali saringan dan didapati neg4tif. Walhal, sejak daripada awal lagi sudah diketahui tempoh inkubasi (incubation period) untuk v1rus Cov1d-19 adalah dua minggu.

Eh, lari topik!

Hari ini saya terbaca mengenai Naib Cancelor Universiti Pendidikan Sultan Idris menghubungi sendiri pihak Ustaz Ebit Lew supaya membuat permohonan terbuka kerana tidak melalui proses penghantaran pelajar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mendapat kebenaran pihak pengurusan universiti tersebut. Itu yang disebut dalam kenyataan rasmi Majlis Perwakilan Pelajar UPSI.

What? Seriously?

Apa fungsi Majlis Perwakilan Pelajar UPSI? Kalau apa yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew dikatakan tidak melalui kebenaran pihak universiti dan tidak mengikut SOP, kenapa perkara tersebut tidak dibuat oleh Majlis Perwakilan Pelajar? Bukankah anda-anda semua dipilih oleh pelajar untuk mewakili pelajar? Atau hanya kerja anda tulis kenyataan rasmi sahaja?

Kenapa tidak menghubungi Ustaz Ebit Lew dan membantu dia menyelesaikan apa jua mas4lah yang mungkin timbul seperti mendapat kebenaran pihak universti, dan memastikan segala SOP dipatuhi oleh pihak pelajar dan pihak Ustaz Ebit Lew? Kenapa menghabiskan masa menulis kenyataan rasmi?

Apa yang lebih penting sebenarnya? Memastikan SOP dipatuhi? Jadi turunlah menjalankan tugas anda semua sebagai perwakilan pelajar. Turun padang, ambil nama pelajar yang nak pulang, pastikan ada penutup hidung dan mulut yang mencukupi, pastikan ada penjarakan sosial, pastikan suhu badan diambil, pastikan segala SOP dipenuhi. Heyyy, orang dah tolong sediakan pengangkutan PERCUMA! Gunalah tenaga yang ada untuk membantu. Tenaga saja kot. Tak keluar wang ringgit pun. Yang keluar wang ringgit adalah Ustaz Ebit Lew!

Mana pergi pihak pentadbiran universiti? Naib Cancelor ke mana? Lihat keadaan pelajar-pelajar? Tahu apa nasib mereka? Dan soalan yang paling penting yang ingin ditanya, kenapa perlu meminta Ustaz Ebit Lew membuat permohonan maaf secara terbuka? Kenapa tak boleh minta maaf senyap-senyap, dan pihak universiti yang sangat prihatin ambil alih tugas menghantar pelajar pulang secara diam-diam? Perlukah nak mem4lukan dia yang ingin membantu? Semua ini ada dalam bentuk tanda soal. Kerana aku benar-benar tidak faham. Kalau perlu jawap, silalah jawap. Kalau rasa tidak perlu, tak mengapa. Sekurang-kurangnya saya bertanya.

Tetapi ayah aku pernah memberitahu, perkara sebegini kini sudah menjadi semakin biasa, jika mereka tidak boleh membantu, ada di antara mereka lebih rela menyus4hkan.

Kepada pihak Perwakilan Pelajar UPSI, tidak perlu lagi menulis surat rasmi, tapi uruskan pelajar-pelajar di universiti anda kerana mereka telah memilih anda menjadi wakil mereka. Wakil mereka ketika sus4h dan senang, ya! Bukan wakil mereka untuk anda belajar menjadi ahli pol1tik!

Salam sejahtera.

Bila Badrul Bicara

Kredit Gambar: Facebook Ustaz Ebit Lew

Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesil4pan atau kes4lahan kandungan artikel ini.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *