[VIDEO] Pekerja Diser4ng Pelanggan Di Kaunter Drive Thru, Ini Tidakan Yg Akan Diambil McDonald’s

Di media sosial, tular video perg4duhan yang dipercayai berlaku di McDonald’s Rawang, Selangor.

Menurut saksi, seorang pelanggan dikatakan bertindak menvmbuk pekerja McD di tingkap pembayaran Pandu-Lalu kerana tidak berpuas hati dengan sistem bayaran Pay Wave. Kek3cohan berlaku dan orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan perg4duhan tersebut.

Video yang berdurasi selama 14 saat itu telah mendapat 6.8k likes dan 6.2k retweet dan mendapat perhatian daripada netizen.

Disahkan oleh McD

Foto:  McDonalds Malaysia

Menerusi Twitter McDonalds Malaysia,  syarikat makanan itu mengesahkan salah seorang pekerjanya telah diser4ng oleh pelanggan menerusi tingkap Pandu-Lalu. Pihak McDonalds memandang serius ins1den tersebut dan laporan polis telah dibuat untuk tindakan selanjutnya.

Pihak McD juga akan mendapatkan nasihat undang-undang bagi memberi keadilan kepada pekerjanya.

Punca kejadian?

Menurut seorang pengguna Facebook, lelaki itu dikatakan sudah membuat pembayaran melalui kaedah paywave namun setelah transaksi berjaya, dia ingin menukar kepada kaedah pin sebelum bertindak menumbuk pekerja yang bertugas di tingkap Pandu Lalu.

Walaupun duit telah dipulangkan semula, lelaki itu dikatakan tetap bersikap agr3sif  untuk masuk ke tingkap Pandu Lalu McD menyerang pekerja tersebut. Namun, tindakan lelaki tersebut berjaya dih4lang oleh orang ramai.

Sumber: Akeem Shahryzal McDonalds Malaysia, Oh Bulan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *