“Apabila betul-betul berlaku, saya akan berkongsi” – TokTi Tamatkan Spekul4si Dirinya Berbadan Dua..

Terdahulu, satu video live daripada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra denan panggilan Tok Ti ini menjadi buah mulut netizen terutamanya dalam kalangan peminat terhadap reaksi anaknya Siti Aafiyah.

Ia seolah-olah memberikan satu petunjuk bahawa penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu berbadan dua.

Spekulasi mengenai kehamilan penyandang itu mula diperkatakan berdasarkan reaksi spontan anaknya yang menyebut ayat ‘Aafiyah nak baby ni’

Doakan semoga hasrat saya untuk kembali hamil menjadi kenyataan. Insya-Allah, apabila betul-betul berlaku, saya akan berkongsi berita gembira dengan peminat.”

Tindakan Siti Aafiyah mencium perut Siti berulang kali juga seakan memberi bayangan yang ibunya kini berbadan dua.

Disebabkan itu, TokTi memberikan respon terhadap isu tersebut  dengan meminta peminat mendoakan semoga impiannya menimang cahaya mata kedua menjadi kenyataan. Lapor Berita Harian.

Katanya lagi, dia tidak akan menyembunyikan berita gembira apabila tiba masanya nanti.

Sumber: Lobak Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *