Biarpun Sedang S4rat, Fazura Tetap Lancarkan Produk Keluarannya, Buatkan Peminat Ris4u..

Selepas tiga tahun pelakon dan penyanyi jelita Fazura dan rakan perniagaannya Puteri Intan Zarith melancarkan produk kesihatan dan kecantikan melalui jenama TruDolly, kini mereka bersedia melancarkan produk terbaru yang dinamakan TruDolly Gummies.

Produk ini dilancarkan dalam dua perisa iaitu Lemon Flush dan Strawberry Glow. Malah, TruDolly juga akan bekerjasama dengan Universal Music Malaysia dari segi pemasaran untuk produk baru ini.

“Saya ambil TruDolly Gummies setiap hari. Rasanya yang sedap jadi mudah nak makan waktu pagi. Lepas tu saya akan minum air dua tiga liter sepanjang hari.

“Banyak faedahnya seperti kurangkan masalah jer4wat dan membantu buang toks1n dalam badan. Lagi satu, ianya memberikan tenaga dan stamina,” kata Fazura.

Fazura yang nampak sungguh berseri dengan persalinan rona kuning rekaan Rizman Ruzaini turut memberitahu dia akan mula berehat mulai Ahad ini untuk menumpukan sepenuh pada dirinya yang sedang menanti saat kelahiran cahaya matanya.

“Sebelum ini TruDolly dipasarkan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, tetapi dengan kerjasama bersama Universal Music Malaysia, mereka akan membawa jenama TruDolly ke pasaran global,” kata Fazura mengakhiri bicara.

Fazura yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Fattah Amin kini sedang menanti kelahiran anak sulung mereka yang dijangkakan pada bulan depan.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *