“Saya Hampir Hil4ng Arah” – Linda Rafar

Pelakon Linda Rafar bakal menerbitkan sekuel novel, Menunggumu Di Pintu Syurga yang mengisahkan arw4h anak lelakinya, Rezaimen Keiflin yang men1nggal dunia pada 2014.

Menurut Linda, nakshah yang ditulisnya itu akan diterbitkan dalam masa terdekat.

“Akan datang! Novel Menunggumu Di Pintu Syurga 2! Siapa yang dah pernah ada dan baca novel pertama?,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Pengumuman Linda itu kemudian disambut baik dalam kalangan pengikutnya yang mengikuti kisah arw4h anaknya yang mesra dengan panggilan Memen itu.

Rata-rata tidak sabar mahu mengikuti kisah yang akan dibukukan mengenai perjalanan anaknya yang mengh1dap k4nser lymph0ma stage 4.

“Ya, nak tunggu ni. Baca yang pertama pun sampai nangis-nangis. Yang ini tak tahulah ni,” komen salah seorang pengikutnya.

Bahkan, dalam satu entri berasingan, Linda turut berkongsi gambar kenangan arwah anaknya yang menyiapkan sebuah lukisan ketika mendapatkan raw4tan di hospital.

“Saya hampir hil4ng arah seketika namun saya masih ingat wajah-wajah keluarga, kawan dan pengikut yang hadir pada malam Memen pergi. Itulah kekuatan linda.

“Hari pertama memen disahkan stage 4 jatuh pada hari pertama MH370 hil4ng dari radar. Namun Memen sempat lukis gambar kapal terbang di sebelahnya. (Mama MH370 tak hilang tapi Allah ambil ke syurga) tangan Memen juga melambangkan yang Memen juga ke syurga. Allahuakbar,” katanya.

Sebelum ini, Linda pernah menerbitkan buku pertama pada 2014 yang terjual lebih 150,000 unit.

Memen yang men1nggal dunia ketika usianya 12 tahun merupakan anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *