“Ambil Anak Je, Isteri Tinggal Belakang”- Netizen Pertik4i Fazley Tak Dukung Isteri

Cef Selebriti, Datuk Fazely Yaakob dipertikai oleh netizen kerana dilihat lebih menyayangi anak-anak dari isterinya Datin Azrene Ahmad.

Semuanya gara-gara dalam video yang dimuat naik Fazley ke akaun Instagram (IG) miliknya terdahulu menunjukkan Fazley menyambut kepulangan anak-anaknya dari sekolah.

Malah individu tersebut mempertikaikan mengapa penyanyi lagu Asmara Ini itu tidak mendukung isterinya sama seperti dia menyambut anak-anaknya dari kereta.

“Patut isteri dukung sekali. Ambil anak-anak je isteri tinggal belakang. Inilah nasib isteri bila suami dah ada anak. Sambut anak je, isteri tinggal belakang,” tulis individu tersebut dalam komen di IG Fazley.

Fazley berkongsi komen tersebut menerusi paparan skrin dalam entri terkini di IG miliknya.

Menerusi kemas kini tersebut, Fazley menjelaskan dia tidak berkecil hati dengan teguran itu malah hanya bersangka baik sahaja.

“Kadang-kadang bila berhadapan dengan followers, macam-macam pendapat yang mereka beri. Saya tak pernah berkecil hati. Yang kita buat betul pun akan salah di mata sesetengah orang, apatah lagi kalau ada kesilapan berlaku.

“Apa-apa pun prinsip saya, “Biarlah kita bersangka baik sentiasa dengan semua orang” walaupun ianya bakal menyakitkan hati kita semula”

“Adik Sayang @azrene_ahmad standby ok! Malam ni ababg dukung adik pastu mintak anak-anak snapkan gambar ok?” katanya berseloroh.

Fazley mendirikan rumah tangga dengan Azrene Ahmad pada tahun 2007 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 12, Ahmad Fieradz Shah, 11, Ahmad Firudz Shah, 9 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 3.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *