Dimasukkan Ke IJN Sejak Semalam, Ini Keadaan Terkini Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah.. “doakan baginda sembuh..”

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda dimasukkan ke Wad Diraja, IJN selepas mengadu kurang sel3sa dengan kesihatan.

“Adalah juga dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak dalam keadaan yang membimb4ngkan.

“Baginda dijangka akan dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang tiba di Kota Bharu, Kelantan semalam dalam rangka lawatan peribadi bergegas pulang pada hari ini untuk bersama dengan baginda,” katanya.

Tunku Hajah Azizah membatalkan lawatan itu yang dijadualkan selama tiga hari sehingga esok.

Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga baginda dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Terdahulu

Sempena Hari Keputeraan Tengku Hassanal, Ucapan Raja Permaisuri Agong Buat Ramai Ters3ntuh..

Pada 17 September 2020 ini, ia merupakan hari keputeraan Tengku Mahkota Pahang, KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah iaitu anakanda kepada Yang Dipertuan Agong kita, Al Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang ke-25 tahun.

Menerusi perkongsian Tunku Azizah di Instagram, baginda telah memuat naik gambar anakanda Tengku Hassanal yang kacak dalam persalinan kuning beserta ucapan khas daripada seorang ibu.

Selain daripada mengucapkan ucapan hari lahir, baginda juga dalam masa yang sama mendoakan supaya anakandanya dipertemukan jodoh dengan wanita yang solehah, beriman dan bermaruah mulia.

“Happy 25th Birthday Hassanal Ibrahim Alam Shah. Semoga Allah sentiasa cucur rahmat dan keampunan.

“Murahkan rezeki, sihat walafiat, diberikan petunjuk, taufik dan hidayah… dan yang penting, ditemukan dengan sebaik-baik jodoh, wanita solehah, beriman dan bermaruah mulia…” 

 

Sumber: HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *