3 Sahabatnya Telah Pergi.. Ini Keadaan Terkini ‘M4ngsa Terakhir’ Ker4cunan K4rbon M0noksida

M4NGSA terakhir yang ditemui tidak sed4rkan diri akib4t ker4cunan k4rbon m0noksida bersama tiga yang lain di Butterworth, Pulau Pinang, diberikan rawatan Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Menurut markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), keadaan Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, masih dipantau dan diberi rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berdasarkan keadaan beliau yang belum menunjukkan perkembangan positif.

“M4ngsa telah dipindahkan dari Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Hospital Tuanku Mizan pada tarikh kejadian.

“ATM mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan situasi terbaik buat m4ngsa dan semoga keluarga beliau diberi semangat dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini,” menurut kenyataan itu.

Media pada Khamis melaporkan tiga wanita m4ut manakala seorang lagi berada dalam keadaan kr1tikal akib4t mengalami ker4cunan karb0n m0noksida, selepas mereka tertidur dalam kereta sewaktu berehat di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, di Butterworth, Rabu malam.

Tiga yang meninggl dunia dalam kejadian itu dikenali sebagai Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri, dan Nor Adilah Mohd Safwan, manakala yang sedang dirawat adalah Nor Aqilah, yang merupakan kembar kepada Nor Adilah.

Keempat-empat rakan baik berumur 21 tahun itu telah pergi ke Pulau Jerejak, sempena cuti umum Hari Malaysia pada Rabu, dan difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah, apabila mengambil keputusan untuk berhenti rehat di kawasan parkir berkenaan, sebelum ditemui tidak sedarkan diri. – BERNAMA

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *