Sempena Hari Keputeraan Tengku Hassanal, Ucapan Raja Permaisuri Agong Buat Ramai Ters3ntuh.. “Doa seorang ibu itu kan tiada hijab..”

Pada 17 September 2020 ini, ia merupakan hari keputeraan Tengku Mahkota Pahang, KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah iaitu anakanda kepada Yang Dipertuan Agong kita, Al Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang ke-25 tahun.

Menerusi perkongsian Tunku Azizah di Instagram, baginda telah memuat naik gambar anakanda Tengku Hassanal yang kacak dalam persalinan kuning beserta ucapan khas daripada seorang ibu.

Selain daripada mengucapkan ucapan hari lahir, baginda juga dalam masa yang sama mendoakan supaya anakandanya dipertemukan jodoh dengan wanita yang solehah, beriman dan bermaruah mulia.

“Happy 25th Birthday Hassanal Ibrahim Alam Shah. Semoga Allah sentiasa cucur rahmat dan keampunan.

“Murahkan rezeki, sihat walafiat, diberikan petunjuk, taufik dan hidayah… dan yang penting, ditemukan dengan sebaik-baik jodoh, wanita solehah, beriman dan bermaruah mulia…” 

Doa seorang ibu itu kan tiada hijab. Jadi marilah kita sama-sama amin kan semoga Tengku Hassanal beroleh jodoh yang baik tak lama lagi.

Nah gambar-gambar handsome Tengku Hassanal buat tatapan korang semua.

https://www.instagram.com/p/CEyUh0uHLhp/?utm_source=ig_embed

Sumber: Lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *