Video call ter4khir sebelum bapa ditimpa musib4h undang seb4k – “Ayah susah nak senyum, tapi masa tu berbeza”..

PEM3RGIAN insan tersayang ternyata memberi tamp4ran hebat buat seseorang dalam meneruskan kehidupan.

Sesungguhnya ajal dan m4ut itu adalah ketentuan Tuhan.

Begitulah yang dialami oleh seorang wanita yang berkongsi paparan berita yang melaporkan tentang kisah bapanya m4ut selepas terbabit dalam kem4langan jalan raya.

Love you forever and always, daddy (menyayangimu selama-selamanya, ayah),” tulisnya di laman Twitter sehingga diulang kicau hampir 5,000 kali.

Wanita berkenaan, Iylia Nur Batrisyia Ahmad Azhar berkata, bapanya yang berusia 58 tahun meninggl dnia di tempat kejadian apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, Pahang pada Rabu malam lalu.

Keadaan kereta yang dinaiki oleh bapa Trisyia yang terk0rban dalam kem4langan jalan raya.

Menurut wanita berusia 21 tahun itu, ketika kejadian bapanya yang bekerja sebagai kontraktor di Johor dalam perjalanan pulang ke kediaman keluarganya di Kuantan.

“Ayah saya kerja di Johor, dan balik ke rumah setiap minggu. Kebiasaannya, ayah akan balik pada Khamis atau Jumaat memandangkan cuti hujung minggu di Johor bermula Jumaat.

“Tapi hari kejadian, ayah pulang ke Kuantan sehari lebih awal pada Rabu. Dan ayah tak maklumkan kepada kami sekeluarga yang dia akan pulang pada hari berkenaan.

“Saya sempat membuat panggilan video (video call) dengan ayah pagi tu, dan mesej menerusi aplikasi WhatsApp tengah hari. Tapi ayah tak cakap pun nak balik, ayah balik senyap-senyap sehinggalah kami dapat berita mengenai kemal4ngan,” katanya kepada mStar.

Tangkapan skrin panggilan video ter4khir bersama bapa dan adik bongsu (gambar kecil) pada hari kejadian.

Lebih mesra disapa Trisyia, dia turut mendedahkan mengenai dirinya tergerak hati untuk membuat panggilan video dengan bapanya pada hari kejadian.

“Bukanlah pertama kali buat video call tapi ayah baru saja balik hujung minggu. Tapi pagi itu saya tergerak hati buat video call semasa nak siapkan adik bongsu yang berusia genap dua tahun bulan depan, sebelum hantar ke Taska.

Ayah selalu belanja orang makan. Dia tak boleh tengok orang lain tak makan atau l4par.

ILYIA NUR BATRISYIA AHMAD AZHAR

“Saya juga tergerak hati nak buat screenshot (tangkapan skrin) semasa adik buat video call dengan ayah. Selama ini saya tak pernah buat screenshot bila video call.

“Itulah video call terakhir dengan ayah, dan seb4k tengok screenshot video itu sebab ada kenangan dengan arw4h,” ujar anak ketiga daripada lapan beradik itu.

Menurut Trisyia, bapanya sukar untuk senyum ketika bergambar.

Trisyia yang merupakan lepasan graduan Diploma Pengurusan Pelancongan di Politeknik METro Kuantan menyifatkan bapanya seorang yang tegas dan penyayang.

“Ayah ni nampak je gar4ng sampai buat ramai t4kut. Sebab ayah susah sangat nak senyum. Gambar kahwin saya tahun lepas pun muka ayah nampak s3rius, tak senyum.

“Tapi masa video call tu muka ayah agak berbeza. Sebab ayah lebih banyak senyum, nampak lebih ceria. Saya dapat melihat senyuman ter4khir ayah,” katanya yang menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada 15 September.

Trisyia (dua, kanan) pada hari perkahwinannya, September tahun lalu.

Tambah Trisyia, sifat penyayang bapanya itu bukan sahaja terhadap keluarganya, bahkan orang di sekeliling termasuk rakan-rakannya.

“Ayah selalu belanja orang makan. Dengan kawan-kawan saya masa belajar pun ayah akan tanya dah makan atau belum.

“Dia tak boleh tengok orang lain tak makan atau lap4r. Keprihatinan ayah tu membuatkan dia disenangi termasuk dalam kalangan rakan-rakan saya,” katanya.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *