Shukri Yahya Sendiri Lihat Watak nya waktu Khuzairi Salam Akad Nikah

Pasrah dengan desakan banyak pihak, Khuzairi akhirnya nekad meneruskan pernikahan bersama gadis bernama Nurul Ain. Pada episod 30 semalam, penonton disajikan dengan 1001 adegan yang merobek jiwa mereka. Mak Leha pula tiba-tiba merayu agar perkahwinan kali kedua anaknya tidak diteruskan. Manakala Mia terus tunduk dek kerana ego sendiri dan menerima keputusan perkahwinan itu dengan hati terbuka. Namun apabila sampai kepada scene akad nikah, penonton ibarat tak keruan kerana ia terus tamat dan akan bersambung pada tayangan akhir malam nanti.

Baru nak salam akad nikah, terus tamat siaran & bersambung malam nanti

Meskipun sedang menjalani sebuah penggambaran drama terbaru, Shukri Yahya sempat meluangkan masa dengan kru dan rakan artis lain untuk menyaksikan episod semalam. Berbekalkan sebuah peranti tab, mereka semua hampir ‘naik gila’ kerana babak penuh dramatik tersebut hanya terhenti di situ sahaja. Daripada senyap, suasana bilik berkenaan terus bertukar menjadi kecoh.

Khuzairi memang sengaja bagi masa 1 hari lagi untuk dikecam

Bukan sahaja gamat dengan jeritan tidak berpuas hati, malahan aktor itu sendiri dilihat ketawa besar seakan-akan puas dengan reaksi marah ramai orang. Tidak ketinggalan, pemegang watak Khuzairi ini sempat berseloroh bahawa dia memang sengaja mahu membangkitkan amarah penonton untuk sehari lagi.

Jom Lihat Video Dibawah:

Sumber : Instagram sy.fanzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *