“Saya beri lesen penuh..” – Menteri Hal Ehwal Agama Kini Bersuara Isu Sajat

MALAYSIA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri tampil mengulas mengenai isu trnsgnder yang kembali hangat diperkatakan kini. Kata Zulkifli, pihaknya memberikan lesen penuh kepada penguasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk bertindak.

“Saya beri lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan. Dengan syarat, patuhi SOP yang telah ditetapkan,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat.

Bagaimanapun, jelas Zulkifli pihaknya enggan menangkap individu yang dimaksudkan semata-mata sebaliknya memberikan pendidikan berhikmah kepada mereka.

“Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah agar mereka semua (trnsgnder) kembali ke pangkal jalan.⁣

“Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama),” tambahnya.

Kecoh di media sosial apabila beberapa selebriti trnsgnder tampil secara terbuka mendedahkan kehidupan peribadi kepada umum.

Perkara itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna yang merasakan tindakan itu keterlaluan.

Petikan daripada halaman Twitter:

Lagi kenyataan daripada Dr. Zulkifli:

Antara komen-komen daripada netizen buat Sajat:

“Berilah nasihat dengan betol agar dia bertobat tidak mengulangi lagi.. kau nak boikot rezeki dia dan keluarga itu tak betol…fikir fikirlah..”

“Media jangan keluarkan cerita n gambar dia…bila sebut Nama tulis Muhammad Sajad”

“dah bagi nasihat dan teguran, kalau masih tidak berubah, biarkan aje. ko sudah terlepas dari dosa. soal sajat, itu sudah jadi tanggungjawab dia diakhirat nanti. tidak payah panjang cerita.”

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *