Hasrat Tercapai, Farhan Asri Dah Lama Simpan Impian Nak Berlakon

Hasrat pelakon baru, Farhan Asri untuk bekerjasama dengan aktor popular Fattah Amin akhirnya menjadi kenyataan.

Farhan yang merupakan naib johan pencarian Hero Remaja 2017 menyatakan dia kagum dengan kejayaan Fattah yang bermula sebagai juara Hero Remaja 2012.

“Hero Remaja senior and Hero Remaja junior! Dari awal masa Hero Remaja teringin nak berkerja dengan abang Fattah @fattahaminz finally Alhamdulillah dapat kerja sekali dalam satu drama Pink Smile.

“Such a humble person and very professional on set! Paan selalu ikut perkembangan abang Fattah dan pemenang Hero Remaja lain yang berjaya menempatkan diri dalam industri seni,” dedahnya.

Farhan berkongsi perkara ini menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Farhan mengakui perjalanan menempa nama dalam bidang seni bukanlah sesuatu yang mudah.

“Paan tahu this journey is not easy tapi tiada apa yang mustahil kalau kita tak henti berusaha dan tidak mengalah.

“Kalau mereka boleh berjaya, begitu juga Paan. Betul? Terima kasih @creativeskillsolution for this amazing oppurtunity,” tulisnya lagi.

Selain Farhan dan Fattah, drama bersiri Pink Smile turut dibintangi oleh Sweet Qismina, Intan Najuwa, Izzat Mushtaq dan ramai lagi.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *