Siya Kakkar, Artis TikTok meninggal dunia

Setelah berita kematian bintang Bollywood Sushant Singh Rajput, India kini dikejutkan lagi dengan kematian artis TikTok, Siya Kakkar berusia 16 tahun pada 25 Jun 2020 di New Delhi, India.

Kematian Siya Kakkar yang mempunyai sebanyak 104 ribu follower di Instagram dan lebih dari 1.1 juta followers di TikTok telah disahkan oleh pengurus artis tersebut iaitu Arjun Sarin.

“Ini mesti disebabkan sesuatu yang peribadi. Dia bekerja dengan bijak dan baik-baik saja. Saya berbual dengannya semalam untuk projek baru dan dia adalah seperti kebiasaannya,” kata Arjun Sarin pada India Today.

Menurut Polis Delhi, Artis TikTok tersebut  tertekan dengan ancaman yang diterima di aplikasi tersebut. Walaubagaimanapun, kes masih disiasat untuk mengetahui punca kematian gadis tersebut

Ahli keluarga Siya sangat terkejut dengan kematian tersebut kerana menurutnya, tiada simptom kemurungan (depression) yang ditunjukkan oleh gadis tersebut. Juga, tiada nota yang ditanggalkan untuk ahli keluarganya.

 

Peminatnya di Instagram juga terkejut tentang kematiannya dan banyak meninggalkan comment pada gambar terbaru Artis tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Liputan6

 

 

Baca juga informasi berikut:

Masalah kemurungan boleh mengakibatkan seseorang untuk membunuh diri, terutamanya jika tiada pertolongan atau support dari orang sekelilingnya.

Bunuh diri bukanlah jawapan kepada apa-apa masalah yang dihadapi, walaupun sukar, tetapi kita  janganlah berputus asa.

Anda boleh menghubungi Befrienders, Kuala Lumpur di talian 03-7956 8145. Mereka menyediakan perkhidmatan melalui telefon, e-mail dan face to face bagi membantu masalah anda.

Boleh mengetahui lebih lanjut dengan klink link berikut https://www.befrienders.org.my/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *