4 juta pengguna domestik nikmati elektrik percuma

Selepas beberapa minggu rakyat menghadapi isu bil elektrik yang melambung tinggi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjung.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata kerajaan memperuntukkan sejumlah RM942 juta bagi mengurangkan beban pengguna elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau, seramai empat juta pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan.

Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih 300kWj pula akan menerima potongan bil sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020.

“Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan akan disalur melalui bil elektrik bulan Julai 2020.

“Secara keseluruhan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan itu akan memanfaatkan 7.66 juta pengguna elektrik,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya sebentar tadi.

Tonton sidang media penuh :

Sumber: Ohmymedia.cc

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *