Aliff Syukri Pening Kepala Terima Kecaman, Ustaz Kazim Cakap Ramai Yang Sayang

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri buntu apabila setiap gerak-geri yang dilakukan akan menerima kecaman daripada netizen.

Menurut penceramah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, dia menyatakan ramai orang yang sayang terhadap Aliff justeru perihal dirinya sentiasa diambil berat.

Ustaz Kazim menjawab persoalan dari Aliff mengenai kecaman dalam episod pertama program Lawak Tak Lagha musim kedua yang sudah bersiaran pada 11 Jun lalu.

“Mungkin itu tanda orang sayang kepada Aliff, sentiasa ambil berat pasal dia. Selalunya apabila orang kisah pasal kita, dia akan selalu sebut.

“Di sebalik kecaman tadi, jika Aliff seorang yang ikhlas dan jujur. Walaupun sering terima hentaman, kalau kita reda dan maafkan dia, pahala dapat kat kita.

“Sebab itu kadang-kadang kita buat cerita yang memang minta untuk dikecam. Ini bukan pasal Aliff la,” katanya sambil ketawa.

Tambah Ustaz Kazim, dia berpendapat sebaiknya Aliff menyerahkan segala kecaman yang diterima itu kepada Allah dan menggantikannya dengan kebaikan.

“Sekarang Aliff boleh buat pilihan, niat yang baik dan ikhlas. Kalau ada lagi yang masih menghentam, kita serahkan kepada Allah.

“Kita gantikan kecaman dengan kebaikan. Insya-Allah apabila kita baik, kebatilan akan pergi, kebenaran akan datang. Itu yang Aliff perlu yakin,” katanya lagi.

Selain Ustaz Kazim, Lawak Tak Lagha 2 turut dikendalikan oleh pelawak dan pengacara Ajak Shiro dan Atu Zero.

Jangan lupa saksikan Lawak Tak Lagha 2 setiap Khamis jam 9.00 malam.

Program ini ditayangkan secara langsung menerusi saluran Warna HD 107 dan Astro Warna 127.

SUmber: Gempak.my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *