Demand RM10K Untuk Muncul Di TV? Netizen Berjaya Tafsir Respon Sugu-Pavithra

Di zaman yang serba canggih ini, menjana pendapatan melalui YouTube seakan-akan menjadi satu trend di seluruh dunia termasuk negara Malaysia. Tidak dinafikan, ramai individu berjaya menempah nama menerusi platform ini sehingga kejayaan mereka telah menjadi inspirasi kepada orang lain. Sama seperti YouTuber yang namanya baru sahaja meningkat naik iaitu Sugu Pavithra. Namun siapa sangka, kejayaannya itu hanya dipandang sebelah mata oleh segelintir pihak.

Minta Bayaran RM10K Untuk Sejam Keluar TV?

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai dakwaan pihak YouTuber masakan popular itu menetapkan bayaran yang tinggi sehingga mencecah RM10,000 untuk sebuah program masakan selama satu jam. Perkara itu diluah sendiri oleh seorang pengendali program di sebuah stesen TV menerusi satu entri di IG Story miliknya. Malah individu terbabit turut menyifatkan bahawa bayaran itu terlalu mahal persis kos menjemput cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Demand RM10K Untuk Muncul Di TV? Netizen Berjaya Tafsir Respon Sugu-Pavithra
Demand RM10K Untuk Muncul Di TV? Netizen Berjaya Tafsir Respon Sugu-Pavithra

Tak mahu terlibat dengan program di TV..

Terpanggil berhubung isu tersebut, Sugu Pavithra akhirnya tampil menafikan dakwaan tersebut. Menurut M. Sugu dan isterinya S.Pavithra, sebolehnya kedua-dua mereka tidak mahu terlibat dengan sebarang program rancangan masakan di televisyen. Tegasnya, dakwaan tersebut timbul apabila terdapat pihak produksi yang terus-terusan mendesak mereka membuat kemunculan di televisyen.

Demand RM10K Untuk Muncul Di TV? Netizen Berjaya Tafsir Respon Sugu-Pavithra
Demand RM10K Untuk Muncul Di TV? Netizen Berjaya Tafsir Respon Sugu-Pavithra
Demand RM10K Untuk Muncul Di TV? Netizen Berjaya Tafsir Respon Sugu-Pavithra
Demand RM10K Untuk Muncul Di TV? Netizen Berjaya Tafsir Respon Sugu-Pavithra

Sesuailah dengan populariti dia yang tengah naik

Dalam pada itu, rata-rata netizen seolah-olah berjaya tafsir bahawa Sugu bukan demand tetapi mahu menolak secara halus jemputan tersebut. Malah ada yang menganggap bayaran tersebut adalah bersesuaian dan setanding dengan kejayaannya. Tidak terkecuali juga yang menyelar tindakan pihak produksi terbabit apabila dilihat seakan-akan tidak memahami situasi itu.

Demand RM10K Untuk Muncul Di TV? Netizen Berjaya Tafsir Respon Sugu-Pavithra
Demand RM10K Untuk Muncul Di TV? Netizen Berjaya Tafsir Respon Sugu-Pavithra
Demand RM10K Untuk Muncul Di TV? Netizen Berjaya Tafsir Respon Sugu-Pavithra
Demand RM10K Untuk Muncul Di TV? Netizen Berjaya Tafsir Respon Sugu-Pavithra

Sumber: Erinsakura

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *