Tebusan Bank Kota Tinggi Dedah Ayat Per0 mpak

Petang semalam, negara telah dikejutkan dengan percubaan rompakan oleh seorang suspek lelaki berusia 19 tahun di sebuah bank di Felda Ayer Tawar 5, dekat Kota Tinggi. Lebih menakutkan, 2 beranak yang sedang beratur di dalam premis tersebut telah berdepan detik cemas apabila salah seorang daripada mereka menjadi tebusan dan meminta RM20,000. Tindakan berani seorang pengawal keselamatan yang telah berjaya mematahkan niat suspek dan meleraikan kekecohan tersebut.
“Bos Suruh, Adik Aku Ada Kat Dia”- Tebusan Bank Kota Tinggi Dedah Ayat Perompak

“Aku terpaksa, adik ada pada bos. Kalau tak dapat duit ni adik aku..”

Memetik laporan Harian Metro pada hari ini, Mardiah Mat Ripi telah menceritakan semula detik menjadi tebusan dalam insiden cemas itu semalam. Meskipun diakui agak panik pada masa itu, namun dia berjaya mendengar dengan jelas dialog ayat yang diperkatakan oleh perompak berkenaan. Sewaktu ditanya oleh salah seorang pelanggan bank yang turut terperangkap, suspek menyatakan bahawa wang tersebut dimahukan demi ‘menyelamatkan’ adiknya yang ditawan oleh seorang individu dipanggil ‘bos’.
“Bos Suruh, Adik Aku Ada Kat Dia”- Tebusan Bank Kota Tinggi Dedah Ayat Perompak
“Bos Suruh, Adik Aku Ada Kat Dia”- Tebusan Bank Kota Tinggi Dedah Ayat Perompak

Masa sangat pantas & takut sangat…nyawa dekat hujung sabit

Bercerita lanjut, wanita berusia 26 tahun berkenaan telah pergi ke bank sambil menemani ibunya, Ratnah Ahab. Difahamkan, perompak muda itu turut mengugut untuk jadikan ibunya sebagai tebusan. Kemudian Ratnah telah ditolak hingga terjatuh memandangkan keadaan kakinya tak begitu baik. Saat perompak itu tunduk untuk membangunkan kembali ibunya yang berusia 56 tahun tersebut, dia akhirnya telah ditumbangkan.
“Bos Suruh, Adik Aku Ada Kat Dia”- Tebusan Bank Kota Tinggi Dedah Ayat Perompak
“Bos Suruh, Adik Aku Ada Kat Dia”- Tebusan Bank Kota Tinggi Dedah Ayat Perompak
Sumber: Kisahdunia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *