Kongsi Niat Bayar Zakat Setiap Bulan, Aeril Zafrel Kesal Dituduh Sengaja Buat ‘Marketing’

Kongsi niat bayar zakat setiap bulan, Aeril Zafrel kesal dituduh sengaja buat ‘marketing’ – “Jangan jadi asbab menyebarkan kebencian”

PELAKON Aeril Zafrel meluahkan rasa kecewa selepas dikatakan menunjuk-nunjuk ketika berkongsi niatnya menunaikan zakat pada setiap bulan berbanding setahun sekali sebelum ini.

Aeril, 32, meluahkan kekecewaan di Instagram pada Khamis dan berkata orang ramai tidak sepatutnya menjadi punca tersebarnya kebencian masyarakat terhadap dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel ‘hangus’ RM150,000 jika batalkan penerbangan ke Eropah, netizen suruh solat istikharah – “Kesihatan dan kewangan mana lebih utama?”

“Haritu saya ada post tentang niat saya untuk bayar zakat setiap bulan serta mengajak dan mengingatkan kepada mereka yang berniaga untuk melakukan ibadat wajib ni.

“Jika kita tidak mampu untuk mendoakan, jangan kita menjadi asbab menyebarkan kebencian.

“Niat itu urusan hati, hati itu urusan Ilahi,” tulisnya.

Pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini berkongsi beberapa komen negatif netizen yang menyifatkan tindakan Aeril hanya untuk kepentingan dirinya.

Segelintir netizen di laman Facebook turut mengatakan Aeril tidak ikhlas dalam ibadah yang dilakukannya.

“Benda baik perlu dihebahkan… Mana tahu dapat title datuk nanti!

“Biasa la marketing.

“Dia ni dengan Aliff Syukri sepesen sejenis minta puji… kalau nak bagi zakat tak payah post la.

“Orang lain pun bayar zakat jugak tapi tak ada la sampai nak menunjuk-nunjuk bagai. Buat amal perlu ikhlas bukan untuk tontonan. Allah tu Maha Mengetahui,” tulis beberapa netizen di Facebook.

Sebelum ini, Aeril berkongsi fotonya sedang membayar zakat di laman Instagramnya dengan kapsyen mengajak orang ramai yang berkemampuan dan mempunyai perniagaan untuk menunaikan zakat peribadi serta zakat perniagaan.

Menerusi perkongsian tersebut, Aeril turut meminta orang ramai mendoakan agar dia terus istiqomah dalam menunaikan ibadah wajib tersebut.

“Bertambah rezeki yang Allah kurniakan, bermakna makin besar tanggungjawab untuk ‘membayar’ hak dan tanggungjawab diri dan perniagaan kita untuk saudara-saudara seiman.

“Alhamdulillah dulu setahun sekali, sekarang niat dan sudah amalkan sebulan sekali… Moga saya istiqomah. Doakan kami.

“Semoga pada yang berkemampuan dan berniaga, mari bersama-sama kita nekad terus-terusan melaksanakan zakat perniagaan dan peribadi kita,” tulisnya.

Sumber: Mstar.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *