Isteri Hamil 13 Minggu, Dr Sheikh Muszaphar Bakal Dapat Anak Kembar Lagi Tapi..

Siapa sahaja yang tak kenal dengan figura angkasawan Malaysia pertama, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor? Selain turut berkhidmat sebagai frontliners dalam mendepani wabak pandemik COVID-19 ini, beliau dan isteri iaitu Datin Dr Halina Mohd Yunos juga sering menjadi idola kepada rakyat Malaysia dalam menjadi ibu bapa terbaik untuk 4 anak mereka.
Isteri Hamil 13 Minggu, Dr Sheikh Muszaphar Bakal Dapat Anak Kembar Lagi Tapi..
Isteri Hamil 13 Minggu, Dr Sheikh Muszaphar Bakal Dapat Anak Kembar Lagi Tapi..

Dr Halina kini hamil 13 minggu…bakal dapat cahaya mata kembar lagi

Menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya sebentar tadi, pakar perubatan berusia 48 tahun ini mengumumkan satu berita gembira iaitu isterinya telah 13 minggu mengandung setakat hari ini. Malah apa yang lebih menggembirakan adalah mereka turut dijangka bakal menimang sepasang lagi anak kembar selepas Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini telah berusia 3 tahun. Terdahulu, Datuk Dr Sheikh Muszapahar telah bernikah dengan isterinya pada tarikh 10.10. 2010 dan dikurniakan 4 orang anak termasuklah Sophea Isabella dan Sophea Natasha.
Isteri Hamil 13 Minggu, Dr Sheikh Muszaphar Bakal Dapat Anak Kembar Lagi Tapi..

Memang teringin nak keluarga besar…tapi hamil kembar memang high risk

Kongsinya lagi, beliau amat teruja dan speechless dengan berita tersebut kerana memang berhajat untuk meriahkan lagi ahli keluarga sedia ada. Namun begitu, Dr. Sheikh Muszaphar tetap risaukan keadaan isterinya kerana kehamilan jenis ini tak dinafikan agak berisiko tinggi seperti pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini.

Semoga kuat sayang. Harap dapat bertahan & serahkan beban kerja anak-anak kepada saya.

Sumber: Kisahdunia.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *