“Saya Rasa Kadangkala Tak Adil Kita Beri Markah Satu Bintang Kepada Penjual Sebab Barang Lambat Sampai”

Perkongsian pengguna Twitter Zamir Mohyedin melalui akaun Twitter @zamirmohyedin ingin membuka mata pembeli agar lebih adil dalam memberi penilaian terhadap penjual barang atas talian. Ini perkongsian beliau.

Kalau barang dihantar tapi lambat sampai, itu masalah servis penghantaran. Jangan bagi satu bintang kepada penjual online sebab bukan salah mereka.

Bila dapat satu bintang, mereka dikenakan penalti. Mohon santuni mereka. Jangan kerana tak dapat satu kemahuan, kita runtuhkan punca rezeki orang.

Isteri saya ada beli sebuah sofa dalam talian (online) di Shopee. Lebih kurang sebulan juga baru sampai rumah. Barang sampai memang selesa dan puas hati. Harga pun murah.

Cumanya tadi, sewaktu tengah tunggu tempahan untuk makan malam, penjual ada telefon isteri, bertanya barang dah dapat ke belum. Dia cakaplah dah dapat.

Isteri cerita kepada saya, ramai pelanggan bagi markah satu bintang kepada penjual sebab barang lambat sampai. Dengar cara isteri bercerita, rasa tersentuh dengan cara penjual itu menyantuni pelanggannya.

Nak beritahu di sini, saya rasa, kadangkala tak adil kita bagi markah satu bintang kepada penjual sebab barang lambat sampai.

Apabila saya baca komen, rata-rata yang bagi markah rendah sebab masalah servis penghantaran. Masalahnya bukan pada penjual, tapi servis pengantaran itu yang lambat. Mungkin barang terlalu banyak atau sebagainya. Bukanlah salah penjual.

Bagi markah satu bintang memberikan kesan kepada penjual. Belum cerita kena maki lagi. Mungkin pelanggan perlu menyantuni penjual dalam situasi ini. Kesian mereka yang meniaga. Lagi-lagi waktu pandemik yang memberikan kesan ekonomi pada ramai orang.

Saya baca keluhan kawan-kawan yang bawa Grab dan servis penghantaran makanan. Kadang dapat markah rendah sebab makanan tak sedap ataupun makanan lambat sampai. Padahal yang masak itu bukan dia dan yang lambat masak itu pun bukan dia. Kesian juga.

Setiap kali saya nampak Foodpanda ke, Grabfood ke, jarang saya nampak mereka tunggang motor elok. Mesti tunggang dalam keadaan bahaya. Kadangkala langgar lampu isyarat, masuk lorong tak tengok kiri atau kanan. Saya syak mereka takut pelanggan bagi markah rendah sebab lambat.

Akhir kalam: Customer. Is. Not. Always. Right.

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Zamir Mohyedin menggunakan akaun Twitter @zamirmohyedin dan mendapat lebih 16,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.

SUmber: Gempak.my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *