Masuk Emergency Room, Anak Tersilap Makan Cheese Hadapi ‘Anaphylaxis Shock’

Sewaktu anak masih lagi kecil, segala aspek penting khususnya dari segi pemakanan sangat dijaga dengan terperinci oleh para ibu bapa. Tambahan pula jika mempunyai alergi terhadap sesetengah kandungan bahan makanan, ibu bapa akan menjadi lebih berjaga-jaga dengan setiap benda yang disuapkan ke dalam mulut anak mereka. Namun bagi seorang wanita ini, lain pula menimpa apabila anaknya berdepan dengan situasi ‘Anaphylaxis Shock‘ yang sangat tidak dijangka.

Tak sangka sebab kami memang jaga sangat-sangat

Menurut ibu ini, ia berpunca daripada sebuah kejadian di mana anaknya termakan hidangan makanan yang mengandungi cheese. Dimaklumkan, kanak-kanak comel berkenaan memang mempunyai masalah alergi terhadap sumber makanan bertenusu (dairy product).  Selepas menunjukkan simptom seperti muntah serta pitam, dia segera dibawa menaiki ambulans dan menerima rawatan susulan di emergency room. Nampaknya si ibu benar-benar luluh hati dan tidak sangka kerana mereka sangat mengawasi pemakanan si anak.

Ganggu sistem pernafasan…Boleh ancam nyawa

s atau anafilaksis sebenarnya merujuk kepada reaksi serius yang terjadi kepada sistem dalaman akibat alahan. Keadaan ini boleh menyerang beberapa organ sehingga mengundang risiko kehilangan nyawa. Seorang doktor pernah juga mengulas lebih lanjut mengenai kejutan anafilaksis tersebut. Kata beliau, seseorang yang berdepan masalah berkenaan akan mengalami pembengkakan sehingga menganggu sistem pernafasan. Namun jika dirawat sebaiknya, kebarangkalian untuk sembuh sepenuhnya adalah tinggi.

Sumber: Kisahdunia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *