10 Hari Bertarung Nyawa, Akhirnya Wanita Temui Ajal Gara-Gara Puding Buih

Sejak Hari Raya Aidilfitri lepas, tular di laman media sosial mengenai satu juadah yang viral iaitu puding buih. Namun akibat daripada penggunaan telur mentah, ramai yang dimasukkan ke pusat perubatan dan disahkan terkena keracunan makanan selepas menikmati juadah berkenaan.

Bertarung nyawa selama 10 hari sebelum temui ajal

Memetik laporan Sinar Harian, seorang wanita berusia 25 tahun disahkan telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10.40 pagi tadi kerana masalah multiorgan akibat kejutan sepsis. Wanita terbabit ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 10 hari sejak 24 Mei lalu setelah keracunan makanan selepas menikmati puding buih yang dibeli secara online.

Mengingatkan peniaga & pengendali makanan untuk berhati-hati

Menurut Sinar Harian, kerajaan negeri Terengganu akan menjalankan siasatan terhadap isu ini dan peniaga puding buih terbabit bakal diambil tindakan. Mereka turut mengingatkan peniaga dan pengendali makanan agar lebih berhati kerana ini melibatkan keselamatan serta kesihatan orang lain.

Ada yang sudah beransur pulih dan dibenarkan pulang

Sebelum ini, kira-kira 99 orang telah digegaskan ke pusat perubatan kerana mengalami keracunan makanan akibat juadah puding viral. Sehingga kini, hanya segelintir daripada mereka telah beransur pulih dan dibenarkan pulang ke rumah secara berperingkat.

Sumber: Erinsakura

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *