[VIDEO] “Berdirinya Saya Di Sini, Untuk Mohon Maaf Pada Upin & Ipin..” – Fizi

Di saat kita semua menyambut Syawal dalam normal baharu minggu lepas, tiba-tiba kecoh pula mengenai ayat lancang yang terkeluar daripada Fizi iaitu salah satu watak dalam animasi terkenal Upin & Ipin. Semuanya berpunca apabila karakter kanak-kanak itu terlepas cakap bahawa anak yatim takkan masuk ke syurga, sekali gus mencetuskan rasa tak puas hati dalam kalangan peminat yang rata-ratanya dari Indonesia dan Malaysia.

FIZI DAH MINTAK MAAF 🥺😭 pic.twitter.com/m2LU21dxZW

— Syed Aliff (@syedaaliff) June 2, 2020

Saya mohon maaf pada Upin & Ipin…janganlah marah Fizi lagi (minit 3:27)

Sejak tularnya babak kontroversi dalam episod berjudul ‘Syahdunya Syawal’ tempoh hari, pihak penerbit Upin & Ipin sebelum ini memaklumkan permohonan maaf gara-gara telah membuatkan ramai berbalah di laman sosial. Dan sekitar jam 4 petang tadi, watak Fizi sendiri telah tampil untuk memberi kenyataan maaf. Antara isi ucapan dalam video berdurasi 5 minit tersebut adalah dialog panas terbabit katanya tak disengajakan. Justeru, Fizi juga berharap orang ramai tak memarahinya lagi kerana dia sudah insaf dan menyesali kejadian tersebut.

Jangan nangis…kita kan sahabat selamanya

Apa yang lebih menyentuh perasaan adalah watak utama kembar itu juga memberitahu bahawa mereka sudah lama memaafkan kesilapan terbabit dengan alasan bahawa nilai persahabatan mereka jauh lebih penting. Tak sampai 1 jam video animasi khas berkenaan dimuat naik, ia telah meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan di laman YouTube rasmi Les’ Copaque Production dan disambut oleh reaksi positif daripada rata-rata netizen.

Sumber: Twitter syedaaliff Via kisahdunia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *