[VIDEO] Siap ‘Cekak’ Baju, Aksi Cik B Berbalas Tampar Buat Ramai Berdekah

Bagai isi dengan kuku. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan mengenai hubungan akrab anak-anak kepada usahawan berjaya, Datuk Seri Vida. Dek kerana perbezaan umur tidak terlalu jauh, maka boleh dikatakan hampir setiap masa itu sentiasa diluangkan bersama-sama. Malah perbalahan serta keletah mesra Cik B dan Kacak juga sering mendapat perhatian ramai.

‘Slap Me Challenge‘ versi Cik B & Kacak..

Terbaharu, tular di Twitter sebuah klip video memaparkan gelagat lucu dua beradik ini bermain permainan ‘Slap Me Please Challenge‘. Secara asasnya, permainan ini perlu kedua-dua pemain menampar satu sama lain sehinggalah salah seorang dari mereka mengaku kalah.

Gerun dengan kekuatan tamparan masing-masing..

Menerusi rakaman video berdurasi kurang daripada dua minit itu, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen dilihat sedaya upaya cuba mengalahkan Kacak. Apa yang menghiburkan adalah gelagat serta reaksi wajah dua beradik ini yang kelihatan gerun dengan kekuatan tamparan masing-masing. Malah Kacak juga dilihat beberapa kali cuba mengelak dari ditampar oleh Cik B. Tidak berpuas hati dengan tindakan adiknya, Cik B kemudian mencekak kolar baju Kacak sebelum menamparnya.

Haha pic.twitter.com/fiBkPsMCe0

— cikb havoc (@HavocCikb) May 31, 2020

Rasa puas tengok Kacak tampar Cik B

Dikongsi sejak semalam, klip video tersebut berjaya meraih hampir 3 ribu retweets dan mencatat hingga melibihi 60,00 tontonan. Rata-rata netizen mengakui terhibur dengan aksi serta gelagat dua beradik ini. Tidak kurang juga yang sempat berseloroh mengatakan puas apabila melihat cara Kacak menampar Cik B.

Sumber : Erinsakura via Twitter cik b

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *